Social Icons

Hubungi Kami | | | |

Thursday, June 20, 2013

JUS DELIMA ORGANIK AL-RUMMAN


Jus Delima organik Al-Rumman diperbuat daripada perahan delima organik yang terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakkan produk lain yang terdapat dipasaran.

Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa penstabil.
Pengguna hanya perlu mengikut sukatan yang disyorkan untuk melihat keberkesanannya.
Harga yang ditawarkan oleh produk kami ternyata berbaloi jika dibandingkan dengan khasiat yang anda akan perolehi dari amalan meminum jus delima Al-Rumman.
KETERANGAN PRODUK 
Jus Delima organik Al-Rumman didatangkan dalam 2 isipadu iaitu 1 liter dan 314ml.

MENGAPA DELIMA

Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.
Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.
Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.
Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.
Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga

KEBAIKAN DELIMA YANG PERLU ANDA TAHU

Delima digelar “super fruit” kerana mengandungi antioksida yang tinggi, ia juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Menurut Dr.Ahmad Nabil Abu Khatwa, buah delima dapat mengurangi kolestrol dalam darah dan dapat mengubati dan melindungi seseorang dari 200 jenis penyakit kronik.
Antaranya adalah:
  • Awet Muda
  • Mencegah Rasa Mual
  • Membersihkan Saluran Darah
  • Menguatkan Imunisasi Badan
  • Menyingkirkan Lemak yang Berlebihan
  • Memberi Tenaga dan Mencegah Keletihan
  • Menstabilkan Hormon semasa Haid dan melancarkan Kitaran Haid
  • Membantu Melegakan Resdung
  • Memberi Tenaga Kepada Ibu Mengandung
  • Menyelesaikan Masalah Kulit
  • Menyelesaikan Masalah Usus
MENGAPA JUS DELIMA AL-RUMMAN

Dengan khasiat yang begitu banyak terkandung di dalam buah delima, Syarikat YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD telah mengambil inisiatif untuk memanfaatkan buah delima kepada masyarakat dalam bentuk jus. Jus Delima Al-Rumman diperbuat daripada perahan buah delima organic yang terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakan produk lain yang berada di pasaran. Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa penstabil.
Jus Delima Al-Rumman ini dihasilkan dari buah delima organik yang diperah berserta dengan kulitnya. Proses ini dipantau oleh USDA (United States Department of Agriculture) yang merupakan satu badan dunia yang mengawasi ladang-ladang organik. Ini kerana hanya buah delima yang di tanam secara organic sahaja boleh diperah berserta dengan kulit. Kulit delima banyak mengandungi khasiat sepertimana yang di sebut dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut - [Diriwayatkanoleh Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni]
Buah Delima adalah buah yang bermusim, Ia sangat banyak pada bulan September hingga Januari. Justeru itu, dengan adanya Jus Delima Al-Rumman yang di keluarkan oleh YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD, masyarakat boleh memanfaatkan khasiat buah delima untuk mencegah dan mengubati pelbagai jenis penyakit sepanjang tahun kerana Jus Delima Al-Rumman boleh disimpan selama dua (2) tahun dari tarikh ia dibotolkan.
KAJIAN-KAJIAN DAN BUKTI KEHEBATAN BUAH DELIMA

Antara kajian-kajian saintifik yang di jalankan oleh universiti luarnegara untuk membuktikan kehebatan buah delima mengandungi banyak khasiat adalah daripada Universiti of Califonia, Los Angeles yang dalam kajiannya menyatakan bahawa antioksida dalam jus delima menduduki tempat pertama dalam carta jus buah-buahan yang mengandungi antioksida. Jus delima mengatasi jus anggur merah, jus blueberry, jus blackberry, jus acaiberry, jus kranberi, jus oren, the dan jus epal.
Profesor Perubatan Dan Patologi Klinikal Di University Naples,Italy yang bernama Claudio Napoli di dalam kajiannya, beliau telah menemui yang pholyphenol dan sebatian-sebatian asli lain yang terkandung dalam jus buah delima boleh melambatkan Atherogenesis (pengerasan salur jantung). Beliau juga mengandaikan bahawa kesan-kesan perlindungan untuk tubuh selepas meminum jus buah delima adalah lebih tinggi daripada sebelumnya.
Di Universiti Queen Margaret, Edinburgh, Dr.Emad Al-Dujaili merupakan Pensyarah Kanan Biokimia telah membuat kajian menunjukkan penggunaan jus delima asli mempunyai satu potensi dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam satu kajian sukarelawan, kira-kira 70 % mereka yang menggunakan separuh liter jus dalam masa 2 minggu (36ml/hari) menunjukkan penurunan dalam tekanan darah tinggi mereka sebanyak 3-7Hg.
Pat Hagon, UK & World News telah mengemukan kajian menunjukkan 5 daripada 10 lelaki yang mempunyai masalah ereksi Berjaya diubati dengan meminum jus delima berbanding 1 daripada 10 lelaki yang mengambil pil Viagra atau Cialis.
Utusan Online dalam artikelnya menyatakan bahawa buah delima mengandungi bahan oksidan(flavonoids) yang merangsang pengeluaran elastin dan kologen sihat yang melindungi sel kulit daripada kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal bebas dan ia juga mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan.
Dalam Web Rasmi Hospital Taiping menyebut dalam artikelnya bahawa khasiat buah delima ini adalah baik untuk melindungi Jantung, menurunkan kadar kolestrol, mencegah dan memperlambatkan penyakit Alzheimer, mencantikan kulit dan baik untuk ibu mengandung.
Dalam website detikhealth menyatakan didalam artikelnya bahawa antioksidan yang paling banyak terdapat dalam buah delima ialah polyphenol dan dilengkapi dengan vitamin A,C dan E serta asid folik yang penting pada awal kehamilan.Ia juga mengandungi zat anti inflammatory, isoflavon yang dapat membunuh kanser. Serta mencegah penyumbatan salur darah yang disebabkan oleh kolestrol tidak baik iaitu LDL.
Dr David Lewis, Pengarah Neurosains Mindlabs Universiti Sussex, UK menyatakan dalam kajiannya bahawa lelaki yang meminum jus delima akan meningkatkan kesan rangsangan yang lebih tinggi berbanding dengan jus lain. Selain itu, jus delima ini terbukti lebih berkesan terhadap lelaki berbanding wanita.
Dalam web site National Geografic New menyatakan kajian daripada Claudia Napoli, University of Naples Italy, menunjukkan bahawa antioksida dalam jus delima boleh melambatkan atherogenesis dan penyakit yang berkaitan seperti penyakit jantung dan strok/angin ahmar.
Lloyd de Vries, CBSNEWS – Dalam artikelnya menunjukkan bahan semulajadi yang terdapat dalam buah delima yang dipanggil antioksida dapat membantu mengurangkan sakit sendi atau arthritis. Ekstrak buah delima dapat mengekang tahap keradangan yang dipanggil interleukin-1b (1L-1b) dan juga membendung enzim yang menghakis rawan.
Professor Naughton, Kingston University London – Kulit buah delima boleh dijadikan salap untuk melawan bacteria yang tidak bertindak balas terhadap antibiotic seperti penyakit MRSA. Ia adalah satu kejayaan yang besar dalam mencipta ubat berasaskan tumbuhan yang memungkinkan pesakit kurang mengalami kesan tambahan yang lain.

No comments:

Post a Comment