Social Icons

Hubungi Kami | | | |

Friday, March 1, 2013

Produk YMR


 JUS DELIMA ORGANIK AL-RUMMAN (1 Liter & 314ml)

Jus Delima organik Al-Rumman diperbuat daripada perahan delima organik yang terpilih dan bukan daripada pati seperti kebanyakkan produk lain yang terdapat dipasaran. Jus ini juga bebas daripada bahan pengawet, bahan tambahan, tambahan gula, penambahan air, tanpa pewarna, tanpa perisa dan tanpa penstabil. Pengguna hanya perlu mengikut sukatan yang disyorkan untuk melihat keberkesanannya. Harga yang ditawarkan oleh produk kami ternyata berbaloi jika dibandingkan dengan khasiat yang anda akan perolehi dari amalan meminum jus delima Al-Rumman.

MENGAPA DELIMA?
Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti Kristal.

Dalam sesetengah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah.

Orang Cina pula menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.

Dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Rahman ayat 68 yang bermaksud:
“Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima”

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut” (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
“Tidaklah buah delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga”

________________________________________________________________________

AL-RUMMAN CAFE PLUS (25gram X 15 paket)

Kopi “Al-Rumman Cafe Plus” merupakan kopi pra campuran yang berasaskan kopi Arabica dicampurkan dengan ekstrak buah delima. Keistimewaan kopi “Al-Rumman Cafe Plus” ini adalah peratusan ekstrak buah delima yang campurkan ke dalam kopi dengan kuantiti yang banyak. Buah delima digelar ‘super fruit’ kerana kaya dengan antioksidan, ia juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus.

Menurut Dr. Ahmad Nabil Abu Natwa, buah delima dapat mengurangi kolestrol dalam darah dan dapat mengubati dan melindungi seseorang dari 200 jenis penyakit. Biji kopi juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Penyelidikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini di University of Harvard menunjukkan bahawa pengambilan kopi boleh melindungi daripada penyakit diabetes, penyakit Parkinson, kanser hati dan sirosis hati. Dan kajian terbaru mendapati bahawa orang yang kerap meminum kopi mempunyai risiko yang agak rendah untuk mengidap penyakit kardiovaskular (penyakit jantung) berbanding orang-orang yang jarang minum kopi. Dengan adanya kopi pra campuran ini, pengguna bukan sahaja boleh menikmati kopi “Al-Rumman Cafe Plus” sebagai minuman malah baik juga untuk kesihatan.

___________________________________________________________________________

AL-RUMMAN CHOCOLATE DRINK PLUS (25gram X 15 paket)
“Al-Rumman Chocolate Drink Plus” merupakan minuman coklat pra campuran yang berasaskan ekstrak koko yang dicampurkan dengan ekstrak buah delima (termasuk kulit) yang terpilih. Biji koko dan buah delima kaya dengan antioksidan, yang mana baik untuk kesihatan. Pengguna bukan sahaja boleh menggunakan “Al-Rumman Chocolate Drink Plus” sebagai minuman malah baik juga untuk kesihatan.

Koko mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18 peratus tenaga,11 peratus protein, 8 peratus zat besi, 47 peratus kalsium, 19 peratus riboflavin dan 11 peratus vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.

Kebaikan dan Khasiat Biji Koko
  1. Kaya dengan kandungan antioksida polyhenol dan flavanoids
  2. Koko mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (penyakit jantung). Kajian menunjukkan pengambilan koko sebagai pemakanan harian dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.
  3. Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.
  4. Koko melambatkan proses penuaan. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat secara purata menunjukkan pertambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyhenol untuk menghalang kerosakkan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan.
______________________________________________________________________


 MADU LEBAH ASLI (500 g)

Lebah madu adalah salah satu spesis dalam kumpulan  Apis. Lebah madu dibezakan terutamanya dengan penghasilan dan simpanan madu dan pembinaan koloni sarangnya yang sempurna daripada lilin lebah. Lebah merupakan makhluk Allah SWT yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia.
Ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran, surah An Nahl ayat 68-69 dimana Allah SWT berfirman yang bermaksud:

”Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan oleh manusia.” ” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir. ”(Surah An-Nahl: 68-69).
Dalam ayat ini secara jelas disebutkan bahawa madu adalah ubat atau penawar yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihadapi oleh manusia. Di dunia Islam, penggunaan madu sebagi ubat sudah dilaksanakan sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Pada saat itu, madu digunakan untuk mengubati penyakit diare atau cirit birit. Propolis atau gam lebah yang berasal dari madu juga sangat berkhasiat untuk mengubati berbagai macam penyakit.
Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah dikaji oleh saintis Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Bapa perubatan dunia dan pemikir Muslim agung pada abad ke-10 M itu tercatat sebagai doktor yang melihat mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia perubatan. Selama hidupnya Ibnu Sina banyak mengambil madu sehingga awet muda dan berumur panjang. Madu, menurut Ibnu Sina, boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dari yang ringan hingga yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga boleh menurunkan suhu badan serta menetapkan rembesan sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat, MADU LEBAH mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, Thiamin, Miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Madu juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, phosporus, potassium, sodium dan zink. MADU LEBAH juga berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik. Kajian terkini membuktikan kandungan MADU LEBAH yang terdiri dari bahan semulajadi pelbagai gula seperti glukos dan fruktos. Ini meningkatkan stamina para atlit, menurut Dr. Susan lagi. 
Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan MADU LEBAH juga boleh menjadi agen anti-mikrobial, untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka. Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca dari bakteria.
Menurut Dr. Paul Gold, seorang Profesor Psikologi dari University of Virginia, “manusia dapat mengingati sesuatu perkara dengan lebih baik selepas mereka mengambil glukos, sejenis gula yang terdapat dalam MADU LEBAH” Cendekiawan perubatan Rom menggunakan MADU LEBAH agar pesakit sukar tidur supaya tenang dan memudahkan pesakit tidur lena. Hippocrates, cendekiawan Greek menyanjung tinggi MADU LEBAH dalam keupayaan penyembuhan penyakit. Beliau telah banyak menghasilkan ubat-ubatan berasaskan madu antaranya untuk rawatan sakit kulit, ulser dan sakit tekak.
Orang Mesir purbakala menggunakan MADU LEBAH sebagai bahan asas merawat pesakit yang terbakar, melecur. MADU LEBAH juga diguna untuk merawat mangsa perang yang luka teruk dan terbakar.
 Perang dunia kedua menyaksikan doktor-doktor Jerman menggunakan campuran MADU LEBAH dan limpa ikan kod terhadap askar mereka yang luka teruk dalam peperangan supaya dapat bertahan dan meneruskan perang.
MADU LEBAH terdiri dari bahan antioksida yang tinggi kaya dengan sumber vitamin, mineral dan amino asid. Ia juga amat berguna sebagai anti-mikrob dan ianya diiktiraf sebagai sumber pemberi tenaga semulajadi yang hebat.
@ Sumber-sumber maklumat di atas adalah dipetik dari: National Board Honey – USA
________________________________________________________________________
MADU KELULUT ASLI (350 g)

KELULUT merupakan sejenis serangga dari keluarga APIDAE (lebah) yang menghasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Lebah kelulut ini bersaiz kecil dan mempunyai 33 spesis di Malaysia dimana sebanyak 21 spesis terdapat di Semenanjung Malaysia dan bakinya hanya ada di Sabah dan Sarawak. Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah. Dengan bentuk badan lebah kelulut yang kecil, ia dapat menghisap madu pada semua jenis bunga termasuklah pokok-pokok herba renek yang melata di hutan hujan tropika.
Kelulut menghasilkan Madu Kelulut, Propolis dan juga ‘Bee Bread’ iaitu campuran antara debunga (pollen) dengan madu. Madu Kelulut berbeza dengan Madu Lebah Biasa kerana rasanya adalah sedikit ‘MASAM’ dan warnanya adalah lebih cerah. Koloni kelulut biasanya sangat aktif pada musim panas dan kering yang berpanjangan dimana banyak bunga mekar. Kajian oleh saintis mendapati madu kelulut tidak mudah berbuih atau rosak, ini kerana kandungan propolis didalamnya yang bersifat Anti-fermentasi semulajadi.
Madu kelulut juga dikatakan mempunyai khasiat tinggi. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas yang merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu kelulut mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menopaus menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.
Dengan khasiat madu kelulut yang banyak ini, syarikat telah mengambil inisiatif untuk memasarkan madu kelulut kepada pengguna bagi merasai sendiri kehebatan khasiat madu kelulut.



SERBUK PENCUCI PAKAIAN HARUMAN

YMR mengorak langkah dengan memperkenalkan produk terbaru iaitu Serbuk Pencuci Pakaian HARUMAN. Dipek seberat 1kg per kotak, serbuk pencuci HARUMAN nyata berkesan dan memuaskan hati pengguna.

KETERANGAN PRODUK

  • Sesuai untuk semua jenis fabrik.
  • Membersih,melembut dan menyerikan pakaian.
  • Sesuai sebagai pencuci serbaguna untuk seisi rumah.
  • Mempunyai pencegah karat.
  • Bahan pencuci Non-Ionic yang berkuasa pekat dan merendahkan kandungan buih.
  • Menjimatkan penggunaan air dan elektrik.
  • Mengandungi Oksigen aktif dan agen Bioaktif untuk meningkatkan kuasa cucian serta membantu menghilangkan kotoran degil.
  • Mengandungi Phosphate sebagai bahan pembina yang berfungsi untuk menguatkan struktur fabrik dan mencegah warna pakaian menjadi pudar.
  • Mengandungi Penyeri Optik sebagai bahan pembina yang berfungsi untuk menyerikan warna (pakaian putih lebih putih & pakaian warna lebih berseri).
  • Mengandungi bahan anti bakteria untuk mencegah daripada terjadinya pertumbuhan bakteria dan kulat yang boleh mengakibatkan bau busuk pada pakaian apabila direndam atau dijemur tanpa cahaya matahari.
  • Mengandungi bahan tambahan untuk mencegah kotoran yang telah dicuci melekat kembali kepada pakaian atau basuhan